Covid-19 Tidak Halang Umno Kinabatangan Terus Beramal

umno-kinabatangan.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

SANDAKAN: Seperti tahun-tahun sudah, program Jelajah Ramadan bagi kawasan Parlimen Kinabatangan pada tahun ini diteruskan di mana pelaksanaannya dilakukan menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas dan tahun ini berbeza daripada dahulu kerana umat Islam masih diuji dengan pandemik Covid-19 yang menyebabkan mereka bukan sahaja tidak dapat berkumpul seperti sebelumnya, namun turut terjejas daripada segi ekoo

“Rakyat khususnya umat Islam bukan sahaja terjejas akibat virus ini, bahkan langkah-langkah yang diambil bagi mengekang penularannya turut membatasi mereka mencari nafkah kehidupan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Jelajah Ramadan  Parlimen P.178 Kinabatangan dan Majlis Berbuka Umno bahagian Kinabatangan di salah sebuah hotel di sini pada Isnin.

Program yang dianjurkan dengan pematuhan SOP yang ketat itu hanya dihadiri oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian dan wakil-wakil penerima sumbangan.

Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan tradisi program tersebut pendekatanya tahun ini telah diubah di mana tiada lagi perkumpulan beramai-ramai, majlis berbuka dan majlis penyerahan, sebaliknya agihan sumbangan hanya digerakkan oleh kakitangan Pusat Khidmat Parlimen atau pemimpin masyarakat setempat.

“Kami akur banyak yang perlu kami patuhi dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 ini, namun ia tidak pernah mematahkan semangat kami untuk terus membantu mereka yang memerlukan,” ujar beliau yang juga Wakil Rakyat Kawasan Lamag.

Bung berharap dengan sedikit sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga yang terjejas terutamanya golongan asnaf untuk meraikan sambutan Hari Raya Adilfitri tahun ini, walaupun ia dirayakan secara sederhana bersama keluarga terdekat.

Beliau juga turut mengingatkan rakyat khususnya di kawasan Parlimen Kinabatangan agar terus mematuhi SOP dalam meraikan Aidilfitri nanti.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian kinabatangan Datuk Jafry Arifin, Naib Ketua Umno bahagian Haji Pg Aziz Haji Pg Damsah, Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Hajah Aminah Haji Johan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Mohd Khurniawan Naim Moktar.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top