COVID-19: Satu Kluster Baharu Dikenal Pasti Di Tawau Dan Kalabakan

covid-27-dec.jpg
Kongsi Bersama

Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti satu kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam semalam.

Dalam kenyataan pada Ahad, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu melibatkan daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah.

Beliau berkata, kluster baharu itu adalah kluster Jalan Sedco.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, kes Kluster Jalan Sedco dilaporkan positif COVID-19 bermula 20 Dis melalui saringan individu bergejala.

Katanya, sehingga 27 Dis, 26 individu disaring, dengan 14 kes positif COVID-19.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 484 kluster dilaporkan, termasuk kluster yang dikenal pasti semalam.

Beliau berkata, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 271 kluster, termasuk tiga kluster yang tamat hari ini, iaitu kluster Kerengge, kluster Alila dan kluster Gemilang.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau sebanyak 213 kluster.

“Daripada jumlah tersebut, 45 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” katanya.

Noor Hisham berkata kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah kluster Tampoi Jaya (78 kes), kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes) dan kluster Beringin (30 kes).


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top