COVID-19 : Sabah Rekod Kes Positif Bawah 4 Angka Dua Hari Berturut-turut

sabdhad_1602331421.jpg

KUALA LUMPUR, 6 Okt -- Petugas Sel Care menyimpan sampel yang diambil dari orang ramai yang hadir bagi menjalani proses ujian saringan COVID-19 bersasar secara percuma di Selcare Clinic Puchong ketika tinjauan hari ini.?Ujian percuma ini yang bermula semenjak Ahad lepas diberikan kepada semua rakyat Selangor yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September lalu.?Sebelum ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan itu diambil bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengesanan COVID-19 terhadap mereka yang berkenaan bagi mengelak penularan jangkitan virus tersebut.?Saringan ini boleh dilakukan di semua cawangan Selcare Clinic milik anak syarikat Kerajaan Negeri, Selgate Healthcare Sdn Bhd dengan mengemukakan dokumen penerbangan pulang dari Sabah serta bukti pemastautin tetap di Selangor seperti bil air, bil elektrik.?-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA???

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 965 kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan hari kedua berturut-turut negeri ini merekodkan jumlah kes tiga angka.

Kelmarin Sabah mencatatkan 751 kes.

965 kes di Sabah itu adalah sebahagian daripada 11,332 kes hari ini sebagaimana dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantarannya di Twitter.

Sarawak mencatatkan kes tertinggi berjumlah 2,358.

Ia diikuti oleh Selangor (1,231), Johor (1,319), Kelantan (1,088), Sabah (965), Penang (895), Kedah (819), Perak (678), Pahang (677), Terengganu (629), Melaka (303), Kuala Lumpur (240), Negeri Sembilan (89), Putrajaya (19), Perlis (19) and Labuan (3).


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top