Covid-19: Sabah Catat Penurunan Kes Hari Ini Berbanding Semalam

covid-update.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan penurunan 60 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding semalam, iaitu  691 berbanding (751.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata,14 daerah mencatatkan penurunan kes hari ini manakala  13 daerah lagi mencatatkan peningkatan.

Katanya, tidak ada daerah yang mencatatkan angka pada paras 3 angka, manakala sebanyak 7 daerah mencatatkan kes baharu pada catatan 1 angka saja hari ini.

“Bagi bandar-bandar utama di Sabah, Kudat, Kota Kinabalu dan Tawau merekodkan peningkatan kes namun ianya pada margin 1 angka sahaja. Manakala bandar-bandar lain merekodkan penurunan kes pada hari ini.

“Antara daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang ketara ialah Kota Marudu (+26 kes), Pitas (+26), Ranau (+25) dan Kunak (+11).

“Manakala daerah yang merekodkan penurunan kes yang ketara pula ialah Sandakan (-39), Beaufort (-29), Kota Belud (-24), Putatan (-18), Penampang (-15), Lahad Datu (-13), Tenom (-12) dan Keningan (-10),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Katanya, kes yang didaftarkan dalam tempoh 24 jam lepas ialah 466 kes atau 67.44% daripada kumulatif harian dan selebihnya adalah kes-kes yang didaftarkan selepas 2 hari keputusan diketahui.

Daripada jumlah kes jangkitan baru yang direkodkan hari ini, jelasnya, 14.62% adalah daripada kategori satu dan 81.62% adalah daripada kategori dua. Jumlah pesakit kategori tiga ialah 2 orang, 3 orang dalam kategori empat dan juga 3 orang dalam kategori lima. Sebanyak 18 kes masih dalam siasatan lanjut.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top