Covid-19: Sabah Catat Kes Bawah 1,000 Pada Sabtu

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah buat pertama kalinya sejak 4 Ogos lepas mencatatkan penurunan jumlah kes harian Covid-19 di bawah paras angka seribu iaitu 962 pada Sabtu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jumlah kes Covid-19 semalam menurun sebanyak 311 kes berbanding hari sebelumnya.

“Secara keseluruhan, terdapat penurunan jumlah kes yang agak besar di beberapa daerah walaupun ada penambahan kes di beberapa daerah lain.

“Hari ini juga tidak ada daerah yang mencatat jumlah kes tiga angka seperti sebelum ini,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata penurunan kes itu merupakan satu petanda baik untuk Sabah.

“Pada peringkat ini, masih terlalu awal untuk meramalkan samada trend penurunan ini akan berterusan,” katanya.

Menurutnya Kota Kinabalu merekodkan 91 kes, satu penurunan signifikan sebanyak -112 kes. Lahad Datu turun -45 kes, Kota Marudu -33 kes, Keningau -20 kes, Penampang -18 kes, Beluran -40 kes, Telupid -24 kes dan Tongod -31 kes.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top