Covid-19: Sabah Catat 818 Kes Positif Baharu

coronavirus-testing.jpg

BROCKTON - AUGUST 13: A nurse practitioner administers COVID-19 tests in the parking lot at Brockton High School in Brockton, MA under a tent during the coronavirus pandemic on Aug. 13, 2020. (Photo by David L. Ryan/The Boston Globe via Getty Images)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:  Sabah merekodkan enam lagi kluster dan 818 kes positif baharu Covid-19 semalam.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, sembilan daerah mencatat kes baharu melebihi 35 iaitu Papar (37), Tuaran (44), Beluran (44), Tawau (55), Sipitang (57), Beaufort (66), Keningau (69), Penampang (77) dan Kota Kinabalu (167).

“Penyumbang utama kes berjumlah 364 kes adalah dari saringan kontak rapat, diikuti tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 148 kes.

“Sarıngan bersasar 104 kes dengan daerah Kunak mencatatkan jumlah tertinggi saringan bersasar iaitu 23 kes. Manakala  sarıngan bergejala menyumbang 103 kes,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, terdapat enam kluster baharu direkodkan iaitu, Kluster Gipan Kolombong Kota Kinabalu (tempat kerja), Kluster Tinabau Kinabatangan (tempat kerja), Kluster Sogo-Sogo Tongod (komuniti), Kluster Jalan Tungku Lahad Datu (komuniti), Kluster Simpang 3 Ranau (tempat kerja) dan Kluster Gerbang Kauran Keningau (komuniti/aktiviti keagamaan).

Katanya, dua kluster baharu itu telah merekodkan sejumlah 61 kes COVID-19.

“Sekali lagi  ditekankan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tahap pematuhan SOP yang tinggi perlu patuhi oleh rakyat Sabah untuk membendung penularan kes Sabah yang semakin meningkat,” katanya.

Katanya, daerah lain seperti Kunak merekodkan 26 kes, Telupid 24, Kudat 22, Kinabatangan dan Putatan masing-masing 20.

“Sandakan dan Lahad Datu masing-masing 16 kes, Ranau 15, Tongod sembilan, Kalabakan lapan, Kota Marudu tujuh, Semporna, Tenom  dan Kuala Penyu lima kes, Kota Belud dua kes, Tambunan dan Pitas satu kes masing-masing serta Nabawan tidak catat sebarang kes,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top