COVID-19: Sabah Catat 192 Kes Baharu

Covid-19.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Angka jangkitan harian bagi COVID-19 di Sabah terus meningkat bagi hari yang kelima dengan 192 kes baharu iaitu 22 kes lebih tinggi daripada angka jangkitan pada hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata dalam tempoh lima hari, angka jangkitan harian melonjak daripada 76 kes kepada 192 kes.

“Catatan angka jangkitan harian yang tinggi di Sabah banyak dipengaruhi oleh jumlah kes yang semakin bertambah di kawasan pusat bandar utama yang padat penduduk seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Sandakan.

“Ibu negeri bertambah 11 kes menjadikan 63 kes keseluruhan manakala jumlah jangkitan di Penampang melonjak naik daripada 29 kes kepada 59 kes iaitu pertambahan 30 kes,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhannya lebih banyak daerah merekodkan penurunan kes baharu daripada yang merekod pertambahan.

“Sebanyak 12 daerah mencatatkan kes harian yang berkurangan berbanding hanya lapan daerah yang mencatatkan peningkatan kes.

“Jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan harian baharu bertambah daripada sembilan daerah pada hari sebelumnya kepada 12 daerah semalam.

“Pada masa sama, jumlah daerah yang mencatatkan kes harian baharu juga berkurang daripada 18 kepada 15 daerah,” katanya.

Tambahnya empat daerah merekodkan kes dua angka dan 11 daerah merekodkan kes satu angka sahaja.

Sementara itu katanya 186 daripada 192 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top