Covid-19: Sabah Catat 1,066 Semalam, Tertinggi Bagi Tahun Ini

covid-19-saringan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 bagi negeri Sabah semalam melonjak naik 1,066 kes, angka tertinggi tahun ini.

Menurut rumusan harian kes Covid-19 di Sabah, sarıngan kontak rapat merupakan penyumbang paling tinggi iaitu 640 kes (60%) di mana daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah saringan kontak paling tinggi yakni 125 kes .

Ini diikuti oleh saringan bergejala yang mencatatkan 157 kes (14.7%)

Kluster sedia ada pula menambah 141 kes (13.2%) manakala sarıngan bersasar merekodkan 19 kes (2.6%).

Dua (2) kluster baharu dilaporkan hari ini menyumbang jumlah kes 16 kes yakni Kluster Batu 2, Tawau dan Kluster Jalan Gunsapau, Ranau.

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 206
Tawau 171
Beaufort 87
Penampang 82
Tuaran 79
Keningau 77
Beluran 64
Sipitang 43
Sandakan 42
Kalabakan 36
Tenom 28
Kota Belud 23
Putatan 20
Ranau 19
Papar 17
Tongod 16
Kudat 15
Kunak 11
Kinabatangan 9
Lahad Datu 7
Kota Marudu 5
Kuala Penyu 5
Semporna 3
Tambunan 1

Tiada Kes (0)
Telupid, Nabawan, Pitas.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top