Covid-19: Rekod Tertinggi 33,209 Kes Baharu

Covid-19.jpg
Kongsi Bersama

33,209 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, demikian kata Kementerian Kesihatan.

Kes aktif kini berjumlah 305,011, meningkat 25.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes harian baharu dan kes aktif masing-masing merupakan rekod tertinggi.

Kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut:

 

Selangor (8,897)

Kuala Lumpur (4,105)

Kedah (3,060)

Pulau Pinang (2,592)

Johor (2,359)

Sabah (2,131)

Negeri Sembilan (1,679)

Kelantan (1,572)

Perak (1,544)

Pahang (1,535)

Sarawak (1,333)

Terengganu (938)

Melaka (741)

Perlis (270)

Labuan (266)

Putrajaya (187)

Sebanyak 78 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 22 daripadanya meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Kematian tertinggi dilaporkan di Sabah (15) diikuti Kedah (12), Johor (11), Selangor (10), Pulau Pinang (8), Perak (6), Pahang (4), Terengganu (3), Negeri Sembilan ( 2), Sarawak (2), Kuala Lumpur (2), Kelantan (1), Melaka (1) dan Perlis (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 73.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 37.1, menunjukkan bahawa kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 33,106 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 8,524 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 348 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Walaupun kes harian baharu berada pada tahap tertinggi, bilangan orang yang dimasukkan ke hospital kekal kira-kira separuh daripada kemuncak yang dilihat semasa gelombang varian Delta sebelumnya pada Ogos dan September tahun lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam, penggunaan katil unit rawatan rapi khas Covid-19 adalah tertinggi di Putrajaya (83 peratus), diikuti Kelantan (60 peratus) dan Kuala Lumpur (58 peratus).

Katil khas Covid-19 di wad biasa adalah tertinggi di Selangor (111 peratus), Perak (105 peratus) dan Perlis (98 peratus).

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top