Covid-19: Rekod Baharu Dua Hari Berturut-turut

covid-update.jpg
Kongsi Bersama

Sebanyak 32,070 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, iaitu rekod baharu untuk dua hari berturut-turut.

Kementeria Kesihatan Malaysia turut memaklumkan terdapat 286,567 kes aktif pada masa ini, peningkatan 133.2 peratus berbanding 14 hari lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 8,039 kes (2.8 peratus) dirawat di hospital, dengan 327 daripadanya dalam unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 73 peratus katil Covid-19 digunakan di wad seluruh negara. Tiada negeri melaporkan penggunaan lebih 84 peratus.

Jumlah kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (7,458)

Sabah (4,892)

Johor (2,699)

Kedah (2,579)

Pulau Pinang (2,575)

Kuala Lumpur (2,100)

Negeri Sembilan (1,840)

Kelantan (1,746)

Pahang (1,647)

Perak (1,552)

Melaka (888)

Terengganu (852)

Labuan (444)

Sarawak (416)

Perlis (262)

Putrajaya (120)

Kes kematian

Sebanyak 46 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, dengan 17 daripadanya meninggal dunia di luar hospital (brought in dead).

Sepanjang minggu lalu, purata 42 pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat wabak ini, seentara purata untuk tempoh 30 hari adalah 20.5, menunjukkan trend peningkatan.

Sejak penularan bermula pada Mac 2020, sejumlah 32,534 kes kematian telah dilaporkan.

Johor dan Kedah mencatatkan kematian baharu tertinggi dengan lapan kes.

Ia diikuti dengan Pahang (7), Sabah (7), Selangor (6), Perak (3), Pulau Pinang (3), Terengganu (2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1).


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top