Covid-19: QEH Punyai Jumlah Pesakit Tertinggi Di Sabah

Queen-Elizabeth-II-Hospital.jpg

KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (QEH) mempunyai jumlah pesakit Covid-19 tertinggi di Sabah, kata jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, ini diikuti oleh Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu dan Duchess of Kent.

“Hingga 25 Januari, hospital yang merawat pesakit Covid-19 dengan jumlah terbesar adalah Hospital Queen Elizabeth dengan 393 pesakit (80.2% peratusan penggunaan katil),” kata Masidi, yang Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II, di sini pada Isnin.

Menurutnya dalam tempoh yang sama, Hospital Lahad Datu merawat 128 pesakit positif Covid-19 (91,4% peratusan penggunaan katil), Hospital Keningau  36 pesakit (80%), Hospital Kota Marudu mempunyai sembilan pesakit (75%), Duchess of Hospital Kent mempunyai 87 pesakit (68%), Hospital Tawau memiliki 151 pesakit (62.1%), Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah menampung 84 pesakit (58.3%), Hospital Semporna mempunyai 30 pesakit (39.5%) dan Hospital Kudat mempunyai tujuh pesakit (24.1 %).

Sementara itu, Masidi berkata, kerajaan Sabah masih menunggu cadangan SOP perayaan Tahun Baru Cina yang sedang dikemaskini oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Katanya, beliau tidak dapat menjangkakan adakah SOP yang dikeluarkan akan lebih ketat atau sebaliknya. Tetapi, ia akan menggambarkan keseriusan kerajaan dalam menangani penularan jangkitan Covid-19.

Tambahnya, beliau percaya semua orang memahami perkembangan kes semasa dan lebih memilih untuk berdisiplin dalam mengadakan sambutan perayaan.

Masidi berkata, dengan melihat kes semasa, beliau tidak fikir orang mahu meraikan sambutan Tahun Baharu Cina secara besar-besaran kerana semua orang mengambil berat soal kesihatan dan keselamatan diri masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top