COVID-19: Pengusaha Teksi Sapu Cetus Kluster Baharu Di Sabah

masidi-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengusaha teksi sapu di Beaufort menjadi pencetus kluster COVID-19 baharu iaitu Kluster Kota Klias dengan mencatat jangkitan 44 kes sehingga kini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata pengusaha berusia 68 tahun itu dikesan positif COVID-19 di Hospital Beaufort pada 3 Julai ketika ujian saringan masuk wad setelah mengalami gejala demam serta batuk sejak 1 Julai.

“Kluster ini melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang majoritinya adalah ahli keluarga dan pelanggan teksi sapu kes indeks di beberapa lokaliti sekitar Mukim Kota Klias.

“Daripada 71 kontak yang disaring, sebanyak 60.5 peratus didapati positif dengan jumlah kumulatif 44 kes termasuk empat kes baharu pada hari ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Masidi berkata sebanyak 370 kes baharu COVID-19 direkod di Sabah pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif 73,506 kes dan sebanyak 230 pesakit COVID-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 70,413 orang.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top