COVID-19: Padah PN Berbalah Boleh Bawa Celaka

dr-dzul.jpg
Kongsi Bersama

Bekas menteri kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dengan kes positif melepasi 125,000, kematian melebihi 515 dan hari ini merekodkan kes terbanyak 3027, Malaysia berada dalam posisi yang amat gawat.

Ini, katanya dapat dilihat apabila kemudahan kesihatan awam khasnya hospital Covid-19 sudah hampir sarat dengan pesakit, manakala bagi mereka yang tidak bergejala tidak lagi dimasukkan ke hospital dan menjalani kuarantin di rumah.

Kelmarin KKM memaklumkan sistem penjagaan kesihatan awam negara sedang berada pada “tahap genting.”

Justeru, Dzulkefly menyeru kepimpinan gabungan politik negara supaya menumpukan usaha menangani pertambahan kes Covid-19.

“Berhenti berpolitik termasuk berbalah sesama sendiri dalam Perikatan Nasional, sekaligus membawa celaka dan ketidakstabilan buat rakyat dan negara,” tegasnya pada hantaran di Facebook malam tadi.

Menurut Dr Dzulkefly “pemimpin negara semakin kaget dan cenderung untuk sekadar mengenakan PKP sahaja.”

“Sementara itu ada sebahagian pemimpin politik berangan-angan untuk membubarkan parlimen dan mengheret rakyat untuk berpilihan raya,” katanya.

Ahli parlimen Kuala Selangor dan pemimpin Amanah itu mengulas kemelut antara dua parti teras utama PN, Umno dan Bersatu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top