Covid-19: Lebih 30,000 Pesakit Sembuh Di Sabah

saringan-covid.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 33,571 pesakit Covid-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, 214 pesakit sembuh semalam berbanding 239 direkodkan pada hari sebelumnya.

“Sebanyak 1,553 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 567 di hospital dan 986 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah. Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi ialah 57 orang dan 18 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Sementara itu, Masidi berkata, 248 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Sabah pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,640 kes.

Beliau berkata, 169 kes atau 68.1 peratus kes positif baharu direkodkan itu berpunca daripada saringan kontak rapat; saringan bergejala 37 kes (14.9 peratus); saringan kluster-kluster sedia ada 26 kes (10.5 peratus) dan 16 kes (6.5 peratus) lain-lain kategori.

“Tambunan kini bertukar daripada zon kuning kepada zon hijau sekali gus menyaksikan dua zon hijau direkodkan di Sabah termasuk Nabawan,” katanya dan menambah, kerajaan Sabah setakat ini telah mengagihkan 303,992 bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh daerah. – Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top