COVID-19: Kes Positif Global Cecah 44.4 Juta, Kematian 1.17 Juta

covid-19-3.jpg
Kongsi Bersama

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini berjumlah 44,386,621 kes.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 8,853,703 kes.

Ini diikuti India yang merekodkan 7,990,322 kes dan Brazil 5,468,270 kes.

Angka jangkitan di Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina dan Columbia pula melepasi 1 juta kes.

Negara yang melepasi angka setengah juta adalah United Kingdom (UK), Mexico, Peru, Afrika Selatan, Iran, Italy dan Chile.

Negara yang dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes COVID-19 adalah Jerman, Iraq, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Turki, Ukraine, Arab Saudi, Pakistan, Belgium, Israel dan Belanda.

Manakala negara dengan angka jangkitan antara 100,000 dan 200,000 adalah Ecuador, Nepal, Bolivia, Qatar, Panama, Uae, Republik Domnican, Kuwait, Portugal, Switzerland, Oman, Sweden, Kazakstan, Mesir, Guatemala dan Costa Rica.

Terdapat juga beberapa negara lain yang masih merekodkan kes positif COVID-19 di bawah 100,000.

Sementara itu, statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah 1,172,684 kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 227,663 kes, diikuti Brazil (158,456), India (120,010) dan Mexico (89,814).

Angka korban di UK melepasi 45,000 kes sementara Itali, Perancis, Sepanyol, Peru, Iran Dan Colombia pula berkongsi angka korban dengan lebih 30,000 kes.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Argentina dan Rusia.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top