Covid-19, Kes Mahkamah Berprofil Tinggi Pertimbangan Lebih Besar Bagi PM Berbanding Pendirian Raja Melayu

Chandra-Muzaffar-780x470-1.jpeg
Kongsi Bersama

Pengkritik sosial terkemuka Dr Chandra Muzaffar tidak melihat gesaan Raja-Raja Melayu supaya Parlimen bersidang semula sebagai sebuah penolakan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), mengatakan perdana menteri sudah pun membentangkan susur masa yang spesifik ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara Selasa lalu.

Chandra turut berkata walaupun dua kenyataan berasingan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dilihat tidak menunjukkan sebarang pengiktirafan terhadap usaha-usaha kerajaan bagi membendung pandemik Covid-19, wujud beberapa faktor lebih besar yang akan mempengaruhi keputusan Muhyiddin dalam membuat keputusan membuka semula Parlimen.

“Saya fikir apa yang menjadi kebimbangan utamanya adalah program vaksinasi. Jika berjaya capai sasaran dengan 40% atau 50% populasi divaksinasi menjelang Oktober, maka saya fikir dia akan teruskan. Tapi sebaliknya, situasi masih buruk. Dia mungkin akan berkira-kira untuk tunda beberapa matlamat,” kata Chandra dalam sebuah program wawancara isu semasa Consider This di Astro Awani semalam.

 

Baca seterusnya di: Malaysia Now

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top