Covid-19: Kes di Sabah naik 315 peratus

covid-update.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah mencatat peningkatan mendadak kes Covid-19 dengan kenaikan jumlah pesakit positif virus berkenaan mencecah 315 peratus kepada 216 kes sepanjang minggu lalu.

Menteri Penyelaras Covid-19 Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata jumlah itu menunjukkan pertambahan yang ketara berbanding hanya 52 kes pada minggu sebelumnya.

Katanya, semua kes yang dicatat pada Minggu Epidemiologi (ME) 49/2023 itu adalah kes tempatan dengan purata kes aktif sebanyak 19 kes sehari berbanding hanya tiga kes sehari pada ME 48/2023.

“Terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah dan seluruh Malaysia. Bagaimanapun ia masih terkawal.

“Rakyat Sabah dinasihatkan untuk mengamalkan penjagaan kendiri bagi mengelakkan risiko jangkitan. Penggunaan pelitup muka bagi yang bergejala adalah digalakkan apabila berada di tempat awam terutamanya kawasan tumpuan orang ramai yang sesak,” katanya menerusi kenyataan perkembangan semasa Covid-19 Sabah, di sini.

Dr Joachim berkata 17 daerah di Sabah mencatat kenaikan kes iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Kota Belud, Papar, Beaufort, Sandakan, Keningau, Ranau, Kuala Penyu, Tenom, Tuaran, Tawau, Putatan, Sipitang, Beluran, Kinabatangan dan Lahad Datu.

Berdasarkan laporan, Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi dengan sebanyak 82 kes, Penampang (21), Papar (18) dengan 118 orang dirawat di hospital. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top