Covid-19: Kes Baharu Menurun, Jumlah Kematian Meningkat

jenazah-covid-19.jpg
Kongsi Bersama

Malaysia merekodkan penurunan kes baharu Covid-19 dua hari berturut-turut apabila mencatat sebanyak 18,688 kes hari ini.

Semalam sebanyak 19,257 kes direkodkan, lebih rendah daripada 20,889 yang dicatat pada Jumaat.

Walau bagaimanapun kadar kematian yang direkodkan hari ini merupakan yang tertinggi setakat ini iaitu 360, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 10,749.

Bagi kes harian pula, Selangor kekal mencatat kes tertinggi sebanyak 6,565 disusuli Kuala Lumpur (1,883), Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308), Negeri Sembilan (1,140), Kelantan (870), Perak (861), Pulau Pinang (694), dan Pahang (602).

Hanya Labuan (2) dan Perlis (6) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 17,055 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,026,398.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 225,393.

Dalam pada itu, 1,095 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 571 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top