Sebanyak 3,027 kes baharu Covid-19 dikesan hari ini termasuk enam jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 128,465 kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menyaksikan pertama kali kes Covid-19 melepasi angka 3,000.
Katanya, sebanyak 2,145 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 102,723 kes atau 80%.
“Johor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes, diikuti Selangor 706 kes dan Sabah 493 kes,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 25,221.
“Daripada jumlah itu 142 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 63 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Dukacita dimaklumkan terdapat lapan lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 521 orang.