Covid-19: Jumlah Kes Melebihi 120 Juta, Kematian Lebih 2.6 Juta

covid-19-lagi.jpg
Kongsi Bersama

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 120 juta kes berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 30,042,814 juta kes setakat ini, diikuti Brazil dengan 11.43 juta kes dan India dengan lebih 11.35 juta kes.

Jumlah kematian yang dicatatkan di seluruh dunia setakat ini adalah 2.65 juta orang dengan kematian tertinggi direkod di Amerika Syarikat iaitu 546,556. Brazil berada di tempat kedua dengan 277,216 kematian dan India 158,642 kematian.

Negara yang melebihi angka 4 juta kes jangkitan adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis, manakala Itali dan Sepanyol melebihi tiga juta kes.

Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru dan Belanda pula catat lebih sejuta kes positif.

Manakala Kanada, Chile, Romania, Portugal, Belgium, Iraq, Sweden, Filipina, Pakistan, Switzerland, Bangladesh, Serbia dan Hungary pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara lain merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes termasuk Malaysia.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top