Covid-19: Jumlah Kes Baharu di Sabah Turun Hari Ini, Tapi Masih Tinggi

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mereka yang mengalami selsema dan batuk diminta segera membuat ujian calitan (swab test) bagi menentukan kedudukan masing-masing.

Ini memandangkan kes daripada saringan bergejala yang tinggi (21.2%) dilaporkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, tindakan ini dapat mengelak daripada menjangkiti orang lain sekiranya didapati positif.

Katanya, jumlah kes baharu di Sabah hari ini turun sedikit tetapi masih tinggi, yakni 949 kes.

Daerah Kota Kinabalu mencatatkan penambahan kes yang tinggi iaitu 260 kes hari ini, berbanding 183 kes kelmarin.Sebanyak 68 peratus (178) datang daripada saringan kontak rapat.

Kes baharu di Tawau juga naik kepada 138 kes, penambahan 48 kes berbanding kelmarin . Tuaran mencatat 102 kes, penambahan 23 kes.

“Kes naik semula di Beaufort hari in kepada 62 setelah mencatatkan 19 kes sahaja kelmarin. Begitu juga di Ranau yang tidak ada kes baharu kelmarin, tetapi melonjak semula kepada 27 kes hari ini.

“Semua daerah di Sabah mencatatkan kes baharu,” katanya.

Terdapat satu kluster baharu hari ini, Kluster Tempasuk, Kota Belud, iaitu satu kluster komuniti dimana kes indeks merupakan juruwang disebuah bank yang menjangkiti kaum keluarga, penduduk kampung dan kontak rapatnya.

“Kontak rapat terus menjadi penyumbang utama (570 / 60%) kepada jumlah kes keseluruhan dan 201 kes (21.2%) datang daripada kategori bergejala, yang berpunca daripada jangkitan sporadik. 74 kes datang daripada kluster-kluster yang sedia ada,” katanya.

Sebanyak 870 kes positif (91.7%) adalah daripada kategori 1 dan 2, dan cuma sembilan orang dalam kategori 4 & 5 yg memerlukan rawatan intensif.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top