Covid-19: Dua Calon BN, Seorang Calon Warisan Dikuarantin

Dr-yusuf.jpg

Dr Yusof

Kongsi Bersama

Dua calon Umno dan seorang calon Warisan pada pilihan raya negeri Sabah menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak dengan seorang pemimpin Umno yang diuji positif penyakit berkenaan.

Mereka adalah calon Umno di Dun Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi; calon Umno di Dun Sindumin, Sani Miasin serta calon Warisan di Dun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, yang juga menteri pendidikan dan inovasi Sabah.

Ketiga-tiga mereka mempunyai kontak dengan anggota majlis tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Kamarlin mengesahkan bahawa mereka telah menjalani kuarantin.

Kamarlin berkata, Razlan telah ditugaskan untuk berkempen di Sindumin dan oleh itu mempunyai kontak dengan calon Umno dan Warisan tersebut.

“Dia tidak bertugas di kawasan saya, dia jaga Sindumin. Itulah sebabnya dia bertemu dengan Sani dan Yusof.

“Saya bertanding di Lumadan tetapi saya ada kontak dengan dia pada hari penamaan calon,” katanya kepada Malaysiakini.

Kamarlin berkata dia juga ada makan bersama Razlan.

Bagaimanapun, katanya pemimpin tertinggi Umno yang lain tidak hadir ketika itu.

Ketiga-tiga calon berkenaan kini mesti menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bagaimanapun, Kamarlin berkata dia tidak terlalu khuatir sekiranya kempennya terjejas kerana telah lama berkhidmat untuk rakyat di kawasannya.

“Saya telah menjadi wakil rakyat selama dua penggal. Orang-orang sudah mengenali saya.

“Oleh itu, kami sudah bersedia dari awal..saya telah melakukan yang terbaik di Lumadan,” kata ketua bahagian Umno Sipitang yang juga penyandang Adun Lumadan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top