Covid-19: Catat Rekod Tertinggi 33,406 Kes Baharu

covid-update.jpg
Kongsi Bersama

Sebanyak 33,406 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 3,595,172 kes.

Ini merupakan jumlah tertinggi pernah direkodkan selepas mengatasi rekod pada Jumaat lalu iaitu sebanyak 33,209 kes,

Kementerian Kesihatan memaklumkan kes aktif kini berjumlah 311,207, meningkat 23.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (9,651)

Kuala Lumpur (3,603)

Kedah (2,946)

Johor (2,713)

Pulau Pinang (2,621)

Sabah (1,778)

Pahang (1,619)

Negeri Sembilan (1,565)

Kelantan (1,550)

Perak (1,491)

Sarawak (1,455)

Melaka (931)

Terengganu (856)

Labuan (267)

Perlis (228)

Putrajaya (132)

Sebanyak 67 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, dengan 23 kematian berlaku sebelum sempat mendapat rawatan di hospital.

Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi ialah Selangor (14) diikuti Kedah (12), Johor (10), Perak (8), Sabah (7), Melaka (4), Perlis (4), Kelantan (3), Pahang ( 3), Negeri Sembilan (1) dan Pulau Pinang (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 77 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 39 orang meningal dunia bagi tempoh 30 hari lalu.

Sejak permulaan wabak berlaku pada Mac 2020, sebanyak 33,173 kematian dilaporkan akibat Covid-19.

Sementara itu, seramai 8,715 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 371 daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top