KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 909 kes baharu Covid-19 hari ini, melonjak sebanyak 433 kes berbanding 476 kes semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam ciapan di Twitternya sebentar tadi.
Katanya, empat kluster baharu turut diisytiharkan hari ini, semuanya melibatkan sekolah.
Katanya, sekolah tersebut ialah SMK Bandau dan SMK Tandek di Kota Marudu, SMK Mat Salleh di Ranau, dan MRSM Tun Fuad, Sandakan.
Sandakan merekodkan 185 kes baharu hari ini, manakala di Penampang, 115 kes baharu dan 100 kes di Kota Kinabalu.
Komen