KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 490 kes baharu Covid-19 hari ini, melonjak 123 kes berbanding semalam (367).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sandakan mencatatkan kes yang tertinggi hari ini dengan 141 kes, peningkatan sebanyak 67 kes berbanding semalam.
Katanya, peningkatan jumlah kes baharu yang banyak di Sandakan dipengaruhi oleh jumlah kes bergejala yang tinggi iaitu 93 kes.
“Ini menandakan bahawa jangkitan ini sudah menyusup jauh dalam komuniti,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Menurutnya, jumlah kes baharu melalui saringan simptomatik atau bergejala hari ini adalah antara yang tertinggi pernah direkodkan iaitu 251 kes atau 51.22% daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu Sabah.
Jelasnya, daerah-daerah lain yang mencatatkan jangkitan baharu yang tinggi ialah Kota Kinabalu dengan 61 kes (-23), Penampang 54 (+37) dan Tuaran 50 (jumlah sama dengan sebelumnya).
“Jumlah daerah yang merekodkan kes pada dua angka ialah 11 daerah, 11 daerah mencatatkan kes satu angka dan empat daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya.
Sejumlah 482 daripada 490 kes di Negeri Sabah adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala terdapat empat kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.
Jumlah kes mengikut daerah:
Sandakan 141 (74)
Kota Kinabalu 61 (84)
Penampang 54 (17)
Tuaran 50 (50)
Tawau 26 (25)
Lahad Datu 19 (7)
Ranau 18 (13)
Beaufort 18 (10)
Putatan 18 (17)
Kota Belud 17 (19)
Papar 14 (13)
Kota Marudu 12 (6)
Telupid 6 (9)
Kudat 6 (0)
Kuala Penyu 5 (4)
Kinabatangan 5 (2)
Semporna 4 (1)
Keningau 4 (4)
Pitas 4 (1)
Kunak 3 (3)
Tenom 3 (2)
Tambunan 1 (3)
Nabawan 1 (1)
Beluran 0 (0)
Sipitang 0 (2)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 31/01)
Kluster Baharu
Kluster Jalan Apas Batu Lima
Tawau, 12 (+11)
( Kluster Institusi Pendidikan )