Covid-19: 476 Kes Hari Ini, Sandakan Catat Kes Tertinggi

covid-update.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 476 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 30 kes berbanding kelmarin (446).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bilangan daerah yang mencatatkan kes dua angka meningkat kepada 12 daerah hari ini, berbanding 11 daerah kelmarin, dan cuma tiga daerah yang tidak melaporkan sebarang kes jangkitan baharu.
Katanya, Sandakan mencatatkan jumlah kes baharu yang tertinggi di Sabah dengan 93 kes (+26).
“Antara daerah-daerah lain yang mencatatkan kes positif baharu yang tinggi ialah Kota Kinabalu 77 kes (-10), Penampang 71 kes (+26), Tuaran 44 kes (-5), Tawau 32 kes (-10) dan Ranau 22 kes (-1),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Beliau berkata, jumlah kes baharu yang berpunca daripada saringan bergejala, yakni di kalangan mereka yang simptomatik, kekal tinggi iaitu 232 orang daripada jumlah keseluruhan 476 pesakit hari ini.
“Angka ini merupakan 48.7% daripada jumlah keseluruhan dan lebih tinggi daripada jumlah kes baharu di kalangan kontak rapat yang cuma 39.7%,” jelasnya.

Katanya, di Sandakan, 58 daripada 93 kes baharu (62.3%) datang daripada saringan bergejala, manakala ianya 33 daripada 77 kes (42.8%) di Kota Kinabalu dan 42 daripada 71 kes (59.1%) di Penampang. Sebanyak 20 kes baharu datang daripada tujuh kluster.

Sebanyak 469 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top