KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 4,374 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 339 kes berbanding kelmarin (4,035).
Dua kluster juga diisytiharkan hari ini melibatkan Penjara Kota Kinabalu (104 kes) dan sebuah sekolah di Kota Belud (22).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hampir 63 peratus daripada jumlah kes hari ini adalah kes simptomatik atau bergejala.
Katanya, Kota Kinabalu mencatatkan 752 kes (-158), Sandakan sebanyak 647 kes (+151), Tuaran 388 (+-), Penampang 385 (+60), Tawau 256 (-72) dan Putatan 241 (+41).
Beliau yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah memaklumkan ini dalam ciapan di Twitternya sebentar tadi.