Covid-19: 3,224 Kes Di Sabah, KK Penyumbang Tertinggi

covid-19-saringan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Daerah Kota Kinabalu kekal menyumbang angka kes positif COVID-19 tertinggi di Sabah iaitu 630 kes menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,224 secara keseluruhan semalam.

Beberapa daerah lain yang turut mencatatkan kes tiga angka termasuk di Penampang dengan 413 kes diikuti Tuaran (348), Papar (319), Sandakan (245), Tawau (189), Kota Belud (128), Keningau (120) dan Lahad Datu (102).

Menurut Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, 2,022 kes merupakan kes yang didaftar lewat (backlog).

‘’315 kes atau 9.8 peratus adalah kes daftar lewat melebihi lima hari, 322 atau 10 peratus adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat ke lima hari.

‘’Manakala 1385 atau 43 peratus merupakan kes positif yang lewat didaftar antara dua ke tiga hari,’’ katanya.

Selain itu, 2,098 atau 65 peratus merupakan kes saringan kontak rapat, 788 atau 24.4 peratus dikesan menerusi saringan individu bergejala dan 75 kes atau 2.3 peratus dikesan menerusi kluster sedia ada.

‘’Hari ini (Rabu) 908 kes merupakan pesakit kategori satu, 2,009 kes kategori dua, 15 kes kategori tiga, lima kes kategori empat dan 21 kes kategori lima manakala 266 kes masih dalam siasatan,’’ tambahnya.

Antara lain sehingga Selasa, 53.9 peratus penduduk dewasa Sabah telah menerima satu dos suntikan dan 32.5 peratus telah melengkapkan pengambilan dua dos.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top