COVID-19: 31,199 Kes Jangkitan Semalam, 3,971 Di Sabah

Covid-19.jpg
Kongsi Bersama

Sebanyak 31,199 kes jangkitan Covid-19 direkodkan semalam iaitu rekod tertinggi sejak wabak itu dikesan pada 25 Jan 2020.

Ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 3,305,157 kes.

Kes baharu tertinggi yang direkodkan sebelum ini ialah sebanyak 28,825 kes iaitu pada 19 Feb 2022.

KKM juga memaklumkan sebanyak 55 kematian baharu dicatatkan semalam, menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah sebanyak 32,488.

Kematian terbaharu yang direkodkan adalah yang tertinggi sejak 21 Dis tahun lalu di mana 57 kematian direkodkan.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 10 diikuti Sabah (9), Johor (8), Perak (7), Kedah (4), Melaka (4), Pahang (4), Pulau Pinang (3), Kuala Lumpur (3), Kelantan (1) , Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Tiada kematian baharu dilaporkan di Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Purata 20 kematian akibat wabak berkenaan dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 41 kematian dalam tempoh tujuh hari, yang menunjukkan trend kenaikan.

Setakat ini, sebanyak 885 kematian yang berpunca daripada Covid-19 dilaporkan pada bulan ini, melebihi angka yang direkodkan pada Januari.

Kes aktif meningkat sebanyak 10,800 kepada 277,829 kes. Dalam dua minggu lepas, jumlah kes aktif meningkat daripada 94,450 kepada 277,829, iaitu peningkatan sebanyak 194.15 peratus.

Daripada jumlah kes baharu semalam, sebanyak 627 kes dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Daripada kes berkaitan kluster, 504 (80.4 peratus) adalah dari institusi pendidikan manakala 72 (11.5 peratus) adalah dari tempat kerja.

Kes selebihnya dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan pusat tahanan (38 – 6.1 peratus) dan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (13 – 2.1 peratus).

KKM mengeluarkan butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di laman web Github.

Kes jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

 

Selangor (7,798)

Sabah (3,971)

Kedah (2,684)

Pulau Pinang (2,575)

Johor (2,281)

Kuala Lumpur (2,186)

Kelantan (2,135)

Negeri Sembilan (1,998)

Pahang (1,560)

Perak (1,222)

Terengganu (773)

Melaka (600)

Labuan (499)

Sarawak (424)

Perlis (304)

Putrajaya (189)

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top