Covid-19: 19,198 Kes Baharu, 5,291 di Sarawak

noor-hisham-1.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,198 kes berbanding semalam, 19,550 kes.

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang tertinggi iaitu 5,291 kes diikuti Selangor (2,347), Johor (2,110), Sabah (1,717), Kelantan (1,435), Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256) dan Perak (1,118).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (930), Pahang (584), Kuala Lumpur (376), Melaka (340) dan Negeri Sembilan (283).

“Perlis pula mencatatkan 67 kes dan Putrajaya, 32 kes manakala Labuan hanya tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top