Covid-19: 10,959 Kes Hari Ini, 751 di Sabah

covid-19.jpg
Kongsi Bersama

Jangkitan Covid-19 terus menyaksikan trend penurunan apabila sebanyak 10,959 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding lebih 13,000 semalam.

Angka ini merupakan yang terendah direkodkan dalam tempoh 71 hari sejak Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan (KMM) melalui laman media sosialnya hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan, Sarawak kekal menjadi negeri yang merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 2,723 kes, diikuti Johor (1,226) dan Kelantan (983).

Sabah mencatatkan 751 kes, manakala Labuan tiada sebarang kes.

Sementara itu Lembah Klang terus mencatatkan trend penurunan apabila Selangor merekodkan kurang daripada 1,000 kes iaitu sebanyak 979 kes, manakala Kuala Lumpur mencatatkan 176 kes.

BIlangan kes mengikut negeri:

Sarawak (2,723)

Johor (1,226)

Kelantan (983)

Selangor (979)

Pulau Pinang (793)

Sabah (751)

Pahang (739)

Perak (713)

Terengganu (691)

Kedah (660)

Melaka (346)

Kuala Lumpur (176)

Negeri Sembilan (110)

Perlis (51)

Putrajaya (18)

Labuan (0)


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top