Covid-19: 10,089 Kes Baharu, Tertinggi Dalam Tempoh 127 Hari

NOORHISHAM.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR : Seperti yang diramalkan, jumlah kes harian COVID-19 terus menyaksikan peningkatan dengan 10,089 jangkitan baharu dilaporkan hari ini.

Angka terbaharu yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini sebanyak 2,914,220.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini juga  adalah yang tertinggi dalam 127 hari, sejak October 2.

Menurut Dr Noor Hisham, kadar kematian dalam negara turut merekodkan pertambahan sebanyak 14 kes setakat semalam.

Angka itu juga menjadikan jumlah keseluruhan bagi kes kematian di negara ini sebanyak 32,025.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top