Colombia mahu teroka peluang perniagaan di Sabah

CM-columbia.jpg

Hajiji bersama Alejandro semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU: Colombia berminat untuk meneroka peluang perniagaan di Sabah dengan memfokuskan kepada sektor pertanian dan pelancongan.

Duta Colombia ke Malaysia dan Brunei, Alejandro Rosseli Londoño berkata demikian kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor semasa membuat kunjungan hormat di Menara Kinabalu dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata, sektor berkenaan adalah bidang yang biasa dikongsi oleh Colombia dan Sabah.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan negara Amerika Latin itu, tetapi ia adalah minimum di peringkat negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top