CKS Supermarket dari Penampang, kini bertapak di Semenanjung

ewon-cks.png
Kongsi Bersama

JOHOR BAHRU: Pasaraya Chua Kah Seng (CKS) dari Penampang, kini bertapak di Johor dan mensasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan di negeri-negeri lain.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang melawat premis CKS yang terletak di sini menyatakan, beliau bangga kerana CKS Supermarket yang berpangkalan dari Sabah itu, kini berjaya melebarkan cawangan ke Semenanjung Malaysia.

“Dalam lawatan kerja sehari saya di sini, saya meluangkan masa mengunjungi outlet CKS Supermarket dan diberi taklimat oleh Pengurus Besar CKS Ivan Chua mengenai cadangan pengembangan perniagaan syarikat ini.

“Rangkaian pasaraya CKS dari Penampang ini, kini mempunyai 26 cawangan di Johor,” katanya selepas lawatan itu, kelmarin.

Terdahulu itu Ewon merasmikan Program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Selatan dan Festival Keusahawanan Maju Johor 2024, di Angsana JB Mall.

Kemudiannya melawat dan merasmikan Kilang Haos Ek? jenama produk minuman yang diusahakan oleh Nordianis Permin, usahawan Tekun Nasional. – Nabalu News

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top