Christina Terkejut Jalan-jalan Belakang KK Kotor, Tidak Terurus

liew-kotor.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kekotoran dan sampah di jalan-jalan belakang pusat bandar Kota Kinabalu mengejutkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew.

Sampah, lorong belakang yang kotor dan busuk, air yang mengalir dari paip bocor, turapan yang pecah, laluan pejalan kaki yang rosak serta lubang ternganga di laluan lima kaki jelas memeranjatkan ADUN Api Api itu sedang melakukan walkabout di kawasan Sinsuran di bandar raya ini.

Liew segera mengarahkan pentadbir bandar raya dan semua agensi berkaitan mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan yang memburukkan pandangan dan kotor itu.

“Saya terkejut. Ia sangat tidak bersih. Sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, saya malu dengan pemandangan ini.

“Sekarang kita telah membuka semula sempadan kita, pelancong antarabangsa datang berduyun-duyun. Apakah yang kita sajikan kepada mereka?

“Kota Kinabalu ialah ibu kota dan pintu masuk ke Sabah. Berdasarkan senario semasa, apakah jenis pelancongan bandar yang kita tawarkan kepada pelancong dan pelawat? Adakah begitu sukar untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar yang boleh didiami?” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu .

Liew turut berkata terdapat keperluan bagi memotong pokok-pokok yang terlalu besar, terutamanya yang terdapat di kawasan yang padat dengan lalu lintas.

Beliau juga berkata pihak berkuasa perlu menangani masalah berterusan najis burung yang mengotorkan kenderaan yang diletakkan di luar kedai.

Beliau turut menggesa Jabatan Kerja Raya melihat keperluan untuk menambah baik keadaan jalan di Kompleks Sinsuran.

Berita asal: The Star

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top