Christina Tepis Dakwaan Tidak Buat Apa-apa Sejak Warisan Plus Berkuasa

christina-liew.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Christina Liew membidas kenyataan sesetengah pihak yang mengkritiknya, mengatakan beliau tidak melakukan apa-apa sejak Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengambil alih pucuk pimpinan pada Mei 2018.

Beliau menyifatkan dakwaan-dakwaan itu sebagai propaganda negatif dalam kempen memburuk-burukkannya, memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal menjelang.

“Bukti apa yang sudah saya lakukan untuk kawasan saya khususnya dan untuk negeri secara umum, semuanya ada dilaporkan dalam surat khabar arus perdana dan portal berita dalam talian. Pasukan media saya melakukan tugas dengan baik menyebarkan berita.

“Saya mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada pengamal media atas liputan program, projek dan aktiviti sejak dua tahun lalu. Mungkin pihak lawan saya tidak membaca surat khabar atau berita dalam talian,” katanya dalam satu wawancara oleh ahli perniagaan Kate Chin semasa berkumpul dengan usahawan wanita daripada komuniti Tionghua pada Sabtu lalu.

Bekas Kapitan Eliza Goh menganjurkan acara berkenaan untuk penyandang kerusi ADUN Api-Api bagi berkongsi pengalaman hidupnya.

Christina yang merupakan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, beliau memimpin delegasi ke luar negara dalam usaha untuk mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama.

“Usaha kami untuk mendorong pelancongan Sabah membuahkan hasil. Tahun lalu Sabah mencatatkan 4,195,903 ketibaan pelancong antarabangsa dan domestik dengan anggaran penerimaan pelancongan sebanyak RM9.01 bilion.

“Ini mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus berbanding dengan RM8.34 bilion penerimaan tahun sebelumnya (2018),” katanya.

Menurutnya, beliau membuat perancangan untuk memimpin delegasi ke Eropah awal tahun ini dalam usaha untuk mempelbagaikan pasaran pelancongan, tetapi hasratnya terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.

Dalam respon menjawab apakah yang menyebabkan beliau terus berada dalam pembangkang selama 20 tahun hingga Mei 2018 dan melalui pergolakan sejak enam bulan terkahir sejak Mac lalu, Christina mengatakan kerana semangat juang dan keinginan untuk perubahan positif.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top