Christina sambut baik Pusat Kesejahteraan diwujudkan di Sabah

christina-1.jpg

Christina (tengah) ketika membuat tinjauan ke atas gerai-gerai yang dibuka pada majlis itu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar gembira AEI Wellness Sdn Bhd menyahut cabaran dengan mewujudlkan Pusat Kesejahteraan Holistik bagi mempromosikan Pelancongan Kesejahteraan di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan International Wholistic Wellness Conference & Expo 2024 (IWWCE2024) yang julung kali diadakan di sini, kelmarin.

Katanya, pihak penganjur IWWCE2024 sangat positif dengan cadangan untuk mewujudkan kemudahan seumpamanya bagi memenuhi permintaan perkhidmatan Pusat Kesejahteraan yang semakin meningkat dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Pusat ini sudah pasti akan menjadi satu lagi produk pelancongan di sini, sekali gus menambah kepelbagaian pilihan pelancong untuk berehat ketika melancong ke negeri ini.

“Perkara ini telah dibincangkan selama dua kali tahun lalu apabila delegasi berkenaan bertemu dengan saya.

“Sabah kekal menjadi destinasi pelancongan yang mampan, pihak pemegang taruh harus menawarkan produk pelancongan lebih kreatif serta inovasi,” katanya.

Christina juga menggalakkan AEI Wellness dan QiMag Wholistic Professionals PLT untuk menjadikan IWWCE sebagai acara tahunan kerana Sabah mempunyai keupayaan untuk melaksanaan program seumpamanya.

Beliau juga berharap pihak penganjur akan bekerjasama dengan Dr Kampon Sriwatanakul, Pengerusi Thailand National Charter of Health. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top