Christina ketuai delegasi KePKAS, STB promosi Sabah di Guangzhou, Shanghai

Christina-China.jpg

Christina (duduk kanan) bersama Zhang selepas mesyuarat berkenaan.

Kongsi Bersama

GUANGZHOU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew mengetuai delegasi kementeriannya (KePKAS) dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dalam lawatan perniagaan empat hari ke China bagi  mempromosikan Sabah di Guangzhou dan Shanghai.

Beliau diiringi oleh Setiausaha Tetap Kementerian Josie Lai Mei Sing.

Rabu lalu, Christina bertemu Pengarah Urusan Perkhidmatan Pelancongan Antarabangsa Wanita China Guangdong, Winnie Zhang, yang mempromosikan Sabah di Guangzhou sejak 30 tahun lalu.

Syarikat itu adalah salah satu agensi pelancongan terkemuka di Guangzhou, ibu kota Wilayah Guangdong.

Christina diperkenalkan kepada Zhang oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB Tay Shu Lan.

Dalam pertemuan itu, Christina membincangkan Program Sabah Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) bersama Zhang dan Pengarah Perniagaannya Nicole Zhang.

Christina turut menggalakkan pengusaha pelancongan yang berpengalaman untuk terus mempamerkan tarikan dan destinasi tumpuan pelancongan Sabah kepada pelancong di Guangzhou.

Beliau berkata, Zhang sebelum ini memenangi Anugerah Pelancongan Sabah bagi mengiktiraf usaha beliau untuk meletakkan Sabah sebagai salah satu pilihan dalam lokasi Pelancongan China.

Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Setiausaha Politik Christina, Vivien Lee, Pengurus Besar Perkhidmatan Pelancongan Antarabangsa Wanita China Guangdong, Kathy Hu dan Penolong Pengurus Pemasaran STB Yvonne Chin. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top