Christina Kesal RPK Putar Belit Kenyataan

christina.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Christina Liew mengecam tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan artikel yang bertajuk ‘PKR mahu umat Islam menolak al-Quran’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api yang juga Ahli Parlimen Tawau ini kesal dengan artikel yang disiarkan oleh Raja Petra Kamaruddin menerusi laman web Malaysia-Today pada 4 Oktober 2020.

Beliau berkata, kenyataannya berhubung penyertaan PAS dalam Kabinet Sabah diputar belit dalam artikel berkenaan.

“Kenyataan asal saya menjelaskan PAS sebagai entiti politik tidak akan diterima oleh rakyat Sabah.

“Tidak ada dalam kenyataan saya menyebut PKR Sabah mahu orang Islam menolak sama ada al-Quran atau Islam.

“Tuduhan yang dibuat oleh Raja Petra sangat menjijikkan dan satu penipuan yang berniat untuk memfitnah saya serta peranan saya sebagai wakil rakyat dan pemimpin PKR Sabah,” jelasnya dalam kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Christina mengarahkan pasukan perundangannya untuk mengkaji isu terbabit untuk dipertimbangkan bagi tindakan undang-undang.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top