Christina cadang Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa diadakan pada Mei

christina-perahu-naga.jpg

Christina (kiri), Goh (tengah) dan Susan ketika menyalakan obos sebagai tanda mulanya pertandingan itu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mencadangkan acara tahunan Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) diadakan pada bulan Mei bersama-sama dengan sambutan Pesta Kaamatan.

Beliau mengumumkan cadangan berkenaan ketika melancarkan majlis Sunset Beach Party dimana acara menyalakan obor diadakan sebagai tanda mulanya pertandingan kesembilan acara berkenaan di Teluk Likas pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, Perlumbaan Bot Naga dan Pesta Kaamatan adalah acara utama kebudayaan yang memperkenalkan aktiviti pelancongan di Sabah.

“Kita mahu menarik lebih ramai pelancong dan pengunjung untuk hadir dalam acara yang unik ini, selain memberikan mereka satu pengalaman yang sukar dilupakan apabila bercuti di Sabah,” katanya.

Ketika ditemui media, Christina menjelaskan FCAS dibawah pimpinan Presidennya, Tan Sri T.C Goh telah bersetuju dengan cadangan berkenaan.

“Saya akan menyampaikan cadangan ini kepada kerajaan negeri bagi pertimbangan untuk diluluskan,” katanya.

Sementara itu, Goh bersama Timbalannya Datuk Susan Wong yang juga Pengerusi Penganjur menghargai sokongan kerajaan negeri yang terus memberikan sokongan kepada acara berkenaan.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pertanian, Perikatan dan Industri Makanan, Peto Galim, Ketua Pejabat Konsul Jepun di Kota Kinabalu Yamashita Yoshito, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Lifred Wong.-UTUSAN BORNEO

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top