Chong Kembali Aktif Bukan Kerana Katak, Tapi Kerana PATI

Chong-Kah-Kiat-fb-110820-1.jpg

Tan Sri Chong Kak Kiat (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mantan ketua menteri Tan Sri Chong Kah Kiat berkata keputusannya untuk kembali aktif berpolitik bukanlah kerana tindakan keji katak politik, tetapi disebabkan oleh peningkatan bahaya pendatang tanpa izin masuk ke Sabah.

Chong, yang merupakan presiden kehormatan hidup Parti Demokratik Liberal (LDP), berkata, bahawa komuniti Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) yang pernah menjadi majoriti sudah menjadi kaum minoriti di Sabah.

Beliau berkata, komuniti Muslim Sabah juga akan menjadi minoriti seperti komuniti KDM juga.

Katanya, beliau berterima kasih atas keberanian yang dizahirkan pada awal tahun ini oleh para pengundi Bongawan dan Membakut semasa PRK Parlimen Kimanis yang membuktikan mereka menolak Pas Sementara (PSS) Sabah.

Beliau mendakwa, PSS, jika dilaksanakan, akan menjadikan orang Sabah minoriti di negeri ini.

“Kawasan parlimen Kimanis terdiri dari sekitar 68 peratus pengundi Muslim lokal, 25 peratus pengundi bumiputera non-Muslim terutamanya dari komuniti KDM dengan baki tujuh peratus pengundi Cina tempatan.

“Tidak pernah komuniti Muslim tempatan kita bersama-sama dengan komuniti KDM yang dikuasai oleh Kristian bersatu dalam satu suara untuk menentang kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah dengan menolak PSS yang dicadangkan untuk diberikan kepada pendatang haram di Sabah,” tegasnya pada majlis pelancaran penyertaan LDP dalam PRN akan datang di sini, kelmarin.

Ahli politik veteran itu juga bersyukur kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak meneruskan cadangan untuk mengeluarkan IMM13 kepada pemegang Kad Burung Burung dan Sijil Banci.

“Semua pendatang tanpa izin harus dihantar pulang ke negara asalnya dan ini akan menjadi salah satu teras utama pemerintahan negara LDP,” kata Chong.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top