PENAMPANG: Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parti Progresif Sabah (SAPP) Kapayan, Chong Pit Fah (gambar) dilantik menjadi ahli Majlis Daerah Penampang, pada Isnin lalu.
Chong, dalam pernyataan pertamanya setelah mengangkat sumpah sebagai ahli majlis, sangat menyokong inisiatif langkah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah-merangkap Menteri Kewangan Kedua untuk melaksanakan sistem pentadbiran elektronik.
Katanya, pelaksanaan itu akan dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran dan menghilangkan karenah yang tidak perlu.
“Sistem ini akan mengurangkan pelbagai karena birokrasi sekali gus menghidup dan meningkatkan meningkatkan aktiviti ekonomi di Penampang.
“Selain itu sistem pentadbiran elektronik akan dapat menarik pelabur ke Penampang,” katanya.
Penampang, kawasan pinggir bandar yang terletak hanya 15 minit dari Kota Kinabalu, dengan komuniti campuran kawasan bandar dan ladang, berpotensi besar untuk pengembangan perdagangan, industri ringan, pertanian dan pelancongan. -BNN