China, Korea, Brunei penyumbang utama sektor pelancongan Sabah

christina.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: China, Korea dan Brunei adalah penyumbang utama dalam sektor pelancongan di negeri ini selepas terjadinya pandemik COVID-19 lepas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, syarikat penerbangan dan ejen pelancongan di ketiga-tiga negara berkenaan memainkan peranan penting dalam sektor ini.

Katanya, sebanyak 63 daripada 87 laluan penerbangan dari China ke Sabah telah beroperasi kembali dan sekali gus merancakkan kehadiran pelancong negara berkenaan.

“Jumlah itu melebihi separuh laluan penerbangan telah kembali beroperasi dan saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat penerbangan dan ejen pelancongan yang terlibat.

“Bagaimanapun, masih banyak lagi potensi yang perlu diterokai untuk menarik kehadiran warga China ke Sabah.

“Saya turut menghargai agensi pelancongan China terutamnya Shenzhen Huangma International Travel, Asian World International Travel, Lazy Cat Travel Agencies dan Alibaba Travel,” katanya.

Selain itu, katanya, syarikat penerbangan dan ejen pelancongan dari Korea juga sudah memberi impak dengan sektor pelancongan di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada majlis Apresiasi Pelancongan Sabah, di sini baru-baru ini.

Christina berkata, setakat ini rakyat Brunei adalah penyumbang tertinggi ketibaan antarabangsa bagi tahun 2023 terutamanya bulan November hingga Disember.

Dalam pada itu, Chirstina berkata Lembangan Pelancongan Sabah (STB) akan menganjurkan dialog dengan pemain pelancongan pada suku pertama tahun baharu ini.

“Ia akan menjadi platform kepada pengendali pelancongan, pengusaha hotel, syarikat penerbangan sekiranya mempunyai masalah.

“Kami sedia mendengar pendapat dan masalah semua yang terlibat supaya bersama-sama meningkatkan sektor pelancongan di Sabah,”katanya. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top