Chin Dipilih Semula Sebagai Presiden LDP, Yong Sebagai Timbalan

chin-su-phin-LDP.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penyandang jawatan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin dipilih semula tanpa bertanding untuk menerajui parti itu untuk satu penggal lagi, manakala setiausaha agung sekarang Datuk Yong Wui Chung dipilih sebagai timbalan presiden baharu tanpa bertanding.

LDP akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-30 pada 5 Disember secara hibrid yang melibatkan kehadiran fizikal dan maya.

Yong, yang merupakan pengerusi penganjur, berkata AGM akan diadakan pada pukul 1 tengah hari, manakala mesyuarat agung Pergerakan Pemuda dan Wanita Pusat akan berlangsung sehari sebelumnya iaitu 4 Disember pada pukul 1 tengah hari.

Kedua-dua mesyuarat akan diadakan secara hibrid berikutan pandemik Covid-19.

Beliau berkata parti itu mengehadkan kehadiran fizikal kepada 50 ahli mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Justeru, beliau berkata perwakilan pusat yang ingin menghadiri AGM itu sendiri dikehendaki mendaftar di ibu pejabat LDP manakala yang lain perlu menyertai mesyuarat secara maya apabila had kapasiti telah dicapai.

Sementara itu, Naib Presiden LDP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Datuk Chin Shu Ying mengumumkan semua calon bagi jawatan dalam Majlis Tertinggi, Pergerakan Pemuda dan Wanita Pusat dipilih tanpa bertanding.

“Selepas AGM pada 5 Disember, Datuk Chin Su Phin dan Datuk Yong Wui Chung secara rasmi akan memegang jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden parti,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top