Cerun Runtuh di KM 2.1 Sandakan Akan Dibaiki – Bung

IMG-20220615-WA0008.jpg
Kongsi Bersama

Oleh : Jaafar Abd Wahid

SANDAKAN:  Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di KM 2.1 jalan utama menuju pusat bandar berhampiran Bulatan Menara Jam SM Sung Hiew di sini akan dimulakan bulan depan .

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kerajaan telah melulusan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk kerja-kerja membaik pulih cerun tersebut yang runtuh ekoran  faktor cuaca yang tidak menentu sejak awal tahun ini.

” Kita perlu perbaiki segera cerun yang runtuh itu disebabkan  jalan ini  merupakan laluan utama pengguna ke pusat bandar selain ke kawasan sekolah yang berhampiran.

“Pembaikan segera juga perlu dobuat bagi mengelak runtuhan lebih besar berlaku selain mengambil kira  aspek keselamatan pengguna,” katanya ketika ditemui selepas meninjau beberapa keadaan insfrastruktur jalan raya, jambatan dan tiang lampu yang rosak di beberapa tempat di kawasan bandar Sandakan kelmarin.

Selain menijau cerun yang runtuh di KM.2.1 Bung juga turut meninjau cerun runtuh berhampiran Taman Vun Wu, jambatan 10 roboh di kampung Sim-Sim dan tiang lampu tumbang di Jalan Batu 5.

Bagi cerun yang runtuh berhampian Taman Vun Wu, Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata beliau telah pun mengarahkan jurutera daerah Sandakan untuk mengemukakan cadangan dan anggaran kos peruntukan yang diperlukan untuk membaiki cerun tersebut.

Begitu juga jambatan 9 yang roboh di kampung Sim-Sim beliau turut meminta pihak Majlis Perbandaran Sandakan mengkaji dan mengemukakan anggaran kos peruntukan yang diperlukan untuk membina jambatan baru.

” Sebaik sahaja cadangan dan anggaran kos peruntukan dikemukakan kita akan majukan permohonan untuk memohon peruntukan dari kerajaan negeri atau pusat,” katanya.

Mengenai rungutan orang ramai tentang kerosakan lampu jalan di beberapa  tempat di sekitar bandar Bung turut meminta pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Majlis Perbandaran Sandakan meneliti masalah tui dan mengemukakan cadangan  bagi menukar lampu-lampu dan tiang yang mengalami kerosakan.

” Saya fikir elok kita gantikan lampu  sedia ada dengan  menggunakan lampu LED atau tenaga solar yang lebih lama ketahanannya berbanding lampu yang kita gunakan ketika ini,” katanya.

Turut serta dalam lawatan tersebut Ahli Parlimen Vivian Wong Shir, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Benedict Asmat, Timbalan Presiden MPS Harun Arifin serta wakil dari Jabatan Kerja Raya dan SESB Sandakan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top