Cerita Bajau Bakal Ditayangkan Sebagai Teater Maya Di Festival Seni Kebangsaan

teater-bajau.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Sebuah cerita rakyat Sabah yang berasal dari komuniti Bajau akan ditayangkan sempena Festival Seni Kebangsaan ArtsFAS yang akan berlangsung dari 22 sehingga 27 November 2021.

Teater tersebut yang bertajuk “Kanang and the Serimpak” akan dipersembahkan dalam bahasa Inggeris namun beberapa dialog akan disampaikan dalam bahasa Bajau-Samah.

Kisah tersebut mengisahkan seorang gadis, Kanang, yang telah mewarisi Serimpak, perhiasan kepala yang dipakai oleh golongan wanita Bajau, dari ibunya yang telah meninggal dunia.

Dia menggunakan Serimpak tersebut yang memiliki kuasa sakti untuk membantu meringankan beban tugas yang telah diberikan kepadanya oleh ibu tirinya semasa ketiadaan ayahnya.

Ibu tirinya mula curiga dan akhirnya mengetahui keajaiban Serimpak tersebut dan merancang untuk menggunakannya bagi tujuan peribadi.

Teater tersebut dikendalikan oleh persatuan seni, KL Shakespeare Players dengan tajaan Yayasan Hasanah.

Cerita itu merupakan karya asli Sirhajwan Idek, guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau dan ianya merupakan salah satu projek dibawah inisiatif program seni “Dau Dau” yang telah diasaskan olehnya bersama seorang lagi guru Bahasa Inggeris, Puan Nurazilah Othman, yang juga merupakan jurulatih tarian tradisional.

Selain kerjasama melaksanakan teater ini, projek Dau Dau telah membantu ramai pelajar menghasilkan pelbagai seni persembahan, karya penulisan serta hasil seni visual sejak tahun 2020.

Sekiranya anda berminat untuk menonton teater ini, bolehlah mendaftar melalui pautan ini:

https://docs.google.com/forms/d/1AO6vxLJ_5uoJzfKoVWo1lo6XUo4atfF_IDdLs364sZM/edit

Sumber: Sabah Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top