Ceramah Musa Gegarkan Sungai Manila

ts-musa-1.jpg
Kongsi Bersama

Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akhirnya kembali ke Sungai Manila menjelang hari pengundian pilihan raya Sabah esok.

Musa hadir bagi mengajak penyokong BN untuk menolak calon Warisan Plus dan ketua menteri sementara Datuk Seri Shafie Apdal.

Dalam ucapannya, Musa mendakwa sepanjang kempen Shafie telah berusaha untuk menutup kelemahan Warisan dengan meletakkan kesalahan kepadanya.

“Dia (Shafie) lembab, dia tak boleh mentadbir negeri. Cari kesalahan, siapa salah? Musa Aman!

” Sekarang dengar, yang you (Shafie) duduk office yang besar itu, yang tersergam indah itu, siapa yang bangunkan? Kita (BN) buat,” kata Musa disambut sorakan lebih 200 penyokong BN di Sungai Manila.

Sungai Manila merupakan kerusi baharu yang dibentuk dari Sungai Sibuga, kerusi yang dipegang Musa sejak tahun 1994.

Sungai Manila, Sungai Sibuga dan Gum-Gum terletak di dalam parlimen Libaran. Musa juga pernah memimpin Umno Libaran selama lebih dari 20 tahun sebelum digantikan oleh Suhaimi Nasir pada 2018.

Hadir dengan penuh semangat, Musa dalam kempennya untuk calon BN Sungai Manila, Mokran Ingkat membidas Shafie dengan mendakwa presiden Warisan itu menaikkan nama atas projek-projek pembangunan yang dimulakan kerajaan terdahulu.

“Kita (BN) buat macam-macam…Apa dia buat? Apa Warisan buat? Dia ada jawatan, ‘tukang rasmi’…nombor dua, ‘tukang potong riben’…yang bangunkan kita, dari dana kita, yang usaha kita.

“Inilah orang tua kata, lembu punya susu sapi dapat nama,” katanya.

Musa juga menegaskan bahawa memandangkan dia tidak lagi menjadi calon, tidak ada alasan untuk Shafie menyerangnya.

“Mungkin dia takut akan bayang-bayang saya,” kata Musa.

Selain Mokran, Musa juga dijadualkan akan berkempen untuk calon BN Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top