Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Md Silmi Abd Rahman telah melakukan lawatan kerja ke lokasi pelaksanaan Program Innovation For Community (INNO4C) di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) yang dilaksanakan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM).
Dua lokasi projek yang terlibat dalam lawatan kerja itu adalah Tiram Scale-up Project di Kampung Lentuong Tuaran dan Pepper Scale-up Project di Kampung Lompios, Kota Belud.
Pelaksanaan Program INNO4C (DPUB) Sabah 2019 seumpama ini dapat membantu meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi golongan B40 bumiputera khususnya di Sabah.

Md Silmi meninjau Projek Tiram Scale-up di Kampung Lentuong, Tuaran
Peserta dan penduduk kampung yang terlibat menzahirkan rasa syukur atas bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak TERAJU selaku pemberi dana dan pihak USM selaku agensi pelaksanaan serta Yayasan Sabah sebagai rakan kolaborasi strategik.
Md Silmi juga sempat merasmikan rumah pemprosesan Pepper Scale-up Project di Kampung Lompios, Kota Belud yang turut di saksikan oleh pihak USM, Ketua Kampung dan penduduk kampung tersebut.