CEO ESSCOM kunjung hormat kepada Nizam

Dtk-Nizam-Esscom.jpg

Nizam menerima cenderahati daripada Dr. Jamaluddin semasa kunjungan hormat.

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd. Ali telah mengadakan kunjungan hormat keatas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di pejabat Menara Kinabalu pada Selasa.

Nizam yang juga merupakan ADUN Apas berkata kunjungan itu membincangkan mengenai program kampung angkat Madani oleh ESSCOM yang akan memilih salah satu kampung yang terletak di pesisiran kawasan DUN Apas , Tawau.

“Daerah Tawau adalah termasuk dalam kawasan Esszone dan pelbagai isu-isu yang berkaitan keselamatan termasuk mendapatkan pandangan bagi memantapkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau berkata Program Kampung Angkat MADANI diperkenalkan oleh kerajaan merupakan inisiatif Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2024 untuk meningkatkan capaian kemudahan asas secara holistik menerusi pendekatan ‘Whole of Government.’

Kewujudan Kampung Angkat MADANI ini adalah bagi menoktahkan masalah kemiskinan selain memastikan kemudahan serta prasarana asas di kawasan desa dapat dilengkapkan katanya selepas kunjungan hormat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top