CCA, MKMA63: PBS Puji Usaha Kerajaan GRS

julita-majungki.jpg

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) memuji dan menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri dalam menuntut hak Sabah melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia (MKMA63).

Ketua Penerangan PBS, Datuk Julita Majungki berkata, usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam MKMA63, adalah sangat terpuji dan perlu diteruskan.

“Ini turut diperjuangkan oleh PBS sejak dahulu lagi. Oleh itu, PBS akan terus menyokong usaha Kerajaan Negeri,” katanya mengulas tentang penandatanganan Perjanjian Kerjasama Komersial atau Commercial Collaboration Agreement (CCA) diantara Syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sabah SMJ Petroleum Sdn. Bhd dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd adalah keputusan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai antara Kerajaan Negeri Sabah dan syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

Ketua Menteri dalam ucapan beliau menyatakan, CCA merupakan aspirasi rakyat Sabah untuk mendapatkan kepentingan dalam minyak dan gas di Sabah. Ia juga bertujuan untuk membincangkan penglibatan Sabah dalam industri minyak dan gas dari aspek komersial.

“Tahniah kepada Kerajaan Negeri. CCA ialah satu usaha yang baik. Ini merupakan era baru dalam industri minyak dan gas bagi negeri Sabah. Ia adalah hasil daripada Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).

“Selain minyak dan gas, kita yakin lebih banyak akan menyusul selepas ini termasuklah hak-hak kewangan Negeri Sabah yang perlu dipatuhi” kata Julita.

MKMA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri turut dianggotai oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top